HERTOGENBOSCH (Belanda): Srikandi tenis Jepun, Naomi Osaka, menewaskan pemain pilihan keempat, Elise Mertens, 6-2, 6-4 pada pusingan pertama Terbuka Libema, mencatatkan kemenangan pertamanya di gelanggang rumput sejak 2019 pada Selasa 11 Jun 2024 di Hertogenbosch, Belanda.
Osaka, bekas pemain nombor satu dunia dan juara empat Grand Slam, mencatatkan tujuh ace dan menyelamatkan satu-satunya break point yang dihadapinya ketika menentang Mertens...





