Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Naomi raih kemenangan pertama dalam masa 5 tahun

Jun 12, 2024 | 1:52 PM
Naomi Osaka dari Jepun meraih kemenangan pertamanya dalam masa lima tahun di kejohanan terbuka WTA pada 11 Jun di Hertogenbosch, Belanda.
Naomi Osaka dari Jepun meraih kemenangan pertamanya dalam masa lima tahun di kejohanan terbuka WTA pada 11 Jun di Hertogenbosch, Belanda. - Foto EPA-EFE

HERTOGENBOSCH (Belanda): Srikandi tenis Jepun, Naomi Osaka, menewaskan pemain pilihan keempat, Elise Mertens, 6-2, 6-4 pada pusingan pertama Terbuka Libema, mencatatkan kemenangan pertamanya di gelanggang rumput sejak 2019 pada Selasa 11 Jun 2024 di Hertogenbosch, Belanda.

Osaka, bekas pemain nombor satu dunia dan juara empat Grand Slam, mencatatkan tujuh ace dan menyelamatkan satu-satunya break point yang dihadapinya ketika menentang Mertens dari Belgium dalam pertarungan yang berlangsung selama 69 minit itu.

Dalam aksi lain yang membabitkan pemain pilihan pertama kejohanan, Jessica Pegula, beliau menewaskan pemain Belarus, Aliaksandra Sasnovich, 6-2, 6-2.

Pemain pilihan ketiga, Ekaterina Alexandrova, dari Russia menang 6-3, 6-4 menentang pemain Australia, Arina Rodionova.

Pemain pilihan keenam, Yuan Yue, dari China pula bangkit untuk menewaskan pemain Russia, Diana Shnaider, 1-6, 6-4, 6-3.

Pertarungan antara pilihan kelapan Magda Linette dengan Robin Montgomery digantung sementara pada kedudukan 5-5 pada set ketiga.

Linette menang set pertama 7-6 (4), dan Robinson meraih kemenangan set kedua 6-3.

Emma Raducanu dari Britain pula mencatat kemenangan 6-1, 6-4 ke atas pemain Jepun, Ena Shibahara, pada pusingan pembukaan kejohanan di Nottingham, England.

Selepas tidak menyertai Terbuka Perancis sebagai persediaan menghadapi musim pertandingan di gelanggang rumput, Raducanu tidak menghadapi masalah besar.

Namun juara Terbuka Amerika Syarikat 2021 itu goyah seketika selepas mendahului 5-1 pada set kedua dalam pertarungan yang mengambil masa 70 minit.

Pilihan pertama, Ons Jabeur, dari Tunisia membuka tirai dengan kemenangan 6-2, 6-3 ke atas Camila Osorio dari Colombia.

Sementara pilihan kelima Magdalena Frech dari Poland menewaskan Nao Hibino dari Jepun 6-1, 6-4.

Dua pemain pilihan lain tersingkir lebih awal dengan pemain nombor dua Marta Kostyuk tewas 6-3, 6-3 kepada rakan senegara dari Ukraine, Daria Snigur.

Pemain nombor lapan Caroline Dolehide tewas 7-6 (3), 6-3 kepada pemain Britain, Francesca Jones. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg