CAROLINA UTARA: Pemain golf Singapura, Hiroshi Tai, mencatat lima melebihi 75 untuk menduduki tempat ke-105 secara bersama, dalam penampilan sulungnya di Terbuka Amerika Syarikat di Pinehurst pada 14 Jun waktu Singapura.
Dalam aksi pada sembilan lubang kedua bersama pemain Amerika, Harry Higgs (76) dan Brandon Wu (74), pemain amatur berusia 22 tahun itu membuat pukulan bogey pada par empat ke-12...





