CAROLINA UTARA: Pemain golf Singapura, Hiroshi Tai, mencatat lima melebihi 75 untuk menduduki tempat ke-105 secara bersama, dalam penampilan sulungnya di Terbuka Amerika Syarikat di Pinehurst pada 14 Jun waktu Singapura.
Dalam aksi pada sembilan lubang kedua bersama pemain Amerika, Harry Higgs (76) dan Brandon Wu (74), pemain amatur berusia 22 tahun itu membuat pukulan bogey pada par empat ke-12 yang membuat beliau mundur seketika, tetapi beliau cepat bangkit dengan melakukan birdie pada pusingan pertama bagi lubang seterusnya.
Namun, beliau melakukan tiga lagi pukulan bogey pada lubang keempat, keenam dan ketujuh dalam permainan sembilan lubang pertama, meletakkannya di tempat ke-65 bersama pada masa itu.
Namun, beliau mencatat dua lagi bogey pada par tiga kesembilan, lalu mencatat 75 dan menduduki tempat ke-105 bersama, lapor The Straits Times (ST).
Selepas hari pertama yang menarik dan penuh peristiwa di Pinehurst, beliau menjadi antara kumpulan 15 pemain golf termasuk juara Terbuka Amerika 2012, Webb Simpson, dan pemenang LIV Golf Bangkok, Eugenio Chacarra.
Pemenang dua kali Kejohanan PGA, Justin Thomas (77), dan pemenang enam kali Major, Phil Mickelson (79) berada di belakang, masing-masing menduduki tempat ke-132 bersama dan ke-146 bersama.
Seramai 60 pemain terbaik dan pemain dengan markah sama dalam kalangan 156 pemain itu layak menyertai persaingan lanjutan, selepas pertandingan 36 lubang dalam Terbuka Amerika itu.
Pemain Ireland Utara, Rory McIlroy dan pemain Amerika, Patrick Cantlay, mendahului selepas pusingan pertama dengan mencatat lima di bawah par 65, dengan pemain Sweden, Ludvig Aberg (66), pemain Perancis, Matthieu Pavon dan Bryson DeChambeau (kedua-duanya 67) cuba mengejar dalam pertandingan Major ketiga golf pada 2024 itu.
Tai adalah warga Singapura pertama bermain dalam pertandingan Major sejak 2012, apabila Mardan Mamat hilang kelayakan pada penampilan ketiganya dalam Terbuka British.
Mardan menjadi warga Singapura pertama yang bermain dalam Major pada Terbuka British 1997.
Lam Chih Bing, yang menduduki tempat ke-83 dalam kumpulan 156 pemain pada Terbuka British 2008, adalah satu-satunya pemain tempatan yang berjaya menyertai pertandingan Major.
Tai, pelajar tahun kedua di Institut Teknologi Georgia, menempah tempat di dua pertandingan Major – Terbuka Amerika pada Jun 2024 dan Masters 2025, selepas memenangi Kejohanan Persatuan Atletik Kolej Nasional (NCAA) di Carlsbad, California.
Beliau adalah pemain golf Asia dan warga Singapura pertama memenangi kejuaraan tersebut.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg