Singapura telah memulakan fasa seterusnya untuk membersihkan perairan dan pantainya berikutan tumpahan minyak pada 14 Jun, selepas hampir menyelesaikan penyingkiran minyak pukal pada fasa pertama.
Operasi pembersihan fasa kedua ini termasuk pembersihan sisa-sisa minyak yang lebih sukar yang terperangkap di kawasan seperti di celah-celah batu, infrastruktur tepi air dan bongkah batu yang tidak mudah diakses dan memerlukan usaha yang besar...





