PUTRAJAYA: Seorang warga Singapura yang disyaki merasuah 11 pegawai penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Pelabuhan Klang, Selangor, hingga menyebabkan ketirisan duti kastam dianggarkan berjumlah RM3.5 bilion ($1 bilion) kepada Malaysia akhirnya berjaya diberkas.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak menahan reman suspek yang disyaki membayar rasuah kepada pegawai penguat kuasa sebagai balasan membantu melepaskan barang-barang yang diimport...





