Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, telah menasihati orang ramai agar berwaspada mengenai e-mel pancingan data yang menggunakan namanya untuk menipu dengan menyamar sebagai pegawai pemerintah.
Dalam hantaran di Facebook pada 26 Jun, Encik Heng melampirkan tangkap skrin e-mel penipuan dengan tajuk MENGIKTIRAF KECEMERLANGAN – Bertindak cepat!! yang menunjukkan alamat e-mel pengirim sebagai ‘giftbox291@gmail.com’ dengan paparan nama ‘Heng Swee...





