Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nama DPM Heng diguna dalam e-mel pancingan data

Jun 26, 2024 | 5:35 PM
Heng Swee Keat
Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Kiat, memberi amaran kepada orang awam supaya jangan terpedaya dengan e-mel pancingan data yang menggunakan namanya. - Foto FACEBOOK HENG SWEE KEAT

Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, telah menasihati orang ramai agar berwaspada mengenai e-mel pancingan data yang menggunakan namanya untuk menipu dengan menyamar sebagai pegawai pemerintah.

Dalam hantaran di Facebook pada 26 Jun, Encik Heng melampirkan tangkap skrin e-mel penipuan dengan tajuk MENGIKTIRAF KECEMERLANGAN – Bertindak cepat!! yang menunjukkan alamat e-mel pengirim sebagai ‘giftbox291@gmail.com’ dengan paparan nama ‘Heng Swee Keat’.

Encik Heng menulis bahawa terdapat “penipu berniat jahat” yang menghantar e-mel menggunakan namanya, dan menunjukkan bahawa “anda boleh tahu daripada domain e-mel” bahawa beliau bukan pengirimnya.

Pancingan data atau permintaan maklumat sensitif dipaparkan kononnya ‘DPM Heng’ memerlukan bantuan penerima untuk mengambilkan hadiah.

“Ingat, kementerian atau pegawai kementerian tidak akan meminta maklumat peribadi seperti nombor PIN (nombor pengenalan peribadi), OTP (kata laluan sekali guna), atau butiran akaun bank anda melalui e-mel,” tambah Encik Heng.

“Sentiasa berwaspada dan abaikan sebarang e-mel jika anda tidak dapat mengesahkan identiti pengirim. Berhati-hati sebelum klik sebarang pautan dan membuka lampiran daripada sumber tidak rasmi.”

Pada 2 Jun, Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, turut memberi amaran tentang video palsu yang memaparkan wajah beliau yang menggesa supaya mendaftar untuk produk pelaburan.

Encik Lee berkata bahawa penipu bukan sahaja meniru suaranya dan melapisi audio palsu ke atas rakaman sebenar sewaktu beliau menyampaikan mesej Hari Kebangsaan 2023, malah, mereka juga dapat manipulasi pergerakan mulutnya dengan audio.

Ia adalah tanda-tanda yang membimbangkan tentang kemajuan teknologi deepfake, tambahnya.

Video itu muncul enam bulan selepas satu lagi hantaran deepfake serupa yang melibatkan rupa Encik Lee dari Disember 2023.

Pada Mac, Kastam Singapura juga memberi amaran tentang e-mel penipuan yang dihantar atas nama ketua pengarahnya, Encik Tan Hung Hooi.

Maklumat lanjut tentang penipuan terkini boleh didapati di https://www.scamalert.sg/.

Orang ramai juga boleh melaporkan penipuan melalui ScamShield Bot di WhatsApp di go.gov.sg/scamshield-bot.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg