Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses) telah memfailkan saman sivil terhadap tiga pihak termasuk bekas presiden dan setiausaha agungnya, Abdul Halim Kader, atas “pelucutan yang salah” keanggotaan Perses dalam Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) dan Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf).
Kededua pertubuhan itu, yang diterajui Abdul Halim, adalah dua lagi pihak yang dinamakan dalam saman sivil di Bahagian Am Mahkamah Tinggi...





