JOHOR BAHRU: Kesesakan lalu lintas dijangka berlaku pada 28 Jun pagi di Tambak Johor sempena sambutan ulang tahun ke-100 laluan yang menghubungkan Singapura dan Malaysia itu, menurut Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, dalam satu hantaran di Facebook pada 27 Jun.
Beliau berkata: “Bersempena sambutan meraikan 100 tahun Tambak Johor (atau Koswe) dibina, kesesakan dijangka berlaku di Tambak Johor...





