Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koswe dijangka sesak pada 28 Jun sempena sambutan ulang tahun ke-100

Jun 27, 2024 | 7:32 PM
Kesesakan lalu lintas dijangka berlaku di Tambak Johor pada 28 Jun berikutan acara sambutan ulang tahun yang ke-100 laluan penghubung Singapura-Malaysia itu.
Kesesakan lalu lintas dijangka berlaku di Tambak Johor pada 28 Jun berikutan acara sambutan ulang tahun yang ke-100 laluan penghubung Singapura-Malaysia itu. - Foto ST

JOHOR BAHRU: Kesesakan lalu lintas dijangka berlaku pada 28 Jun pagi di Tambak Johor sempena sambutan ulang tahun ke-100 laluan yang menghubungkan Singapura dan Malaysia itu, menurut Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, dalam satu hantaran di Facebook pada 27 Jun.

Beliau berkata: “Bersempena sambutan meraikan 100 tahun Tambak Johor (atau Koswe) dibina, kesesakan dijangka berlaku di Tambak Johor pada 28 Jun.

“Program ini akan berlangsung sekurang-kurangnya satu jam, bermula 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi.

“Pengguna laluan Tambak Johor yang terlibat dinasihatkan supaya keluar lebih awal dan merancang perjalanan dengan sebaiknya.”

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri, Encik Mohd Hairi Mad Shah, berkata ulang tahun itu merupakan sambutan penting bagi hubungan Johor dan Singapura.

Ketua urus setia dan jawatankuasa ulang tahun ke-100 Koswe itu berkata sambutan itu diadakan seabad sejak perasmian tambak yang menghubungkan negeri itu dengan republik ini.

“Pembinaan struktur ikonik ini bermula pada 1919 dan ia telah dirasmikan pada 28 Jun 1924, semasa pemerintahan kerajaan moden kedua Johor, Almarhum Sultan Ibrahim Abu Bakar.

“Ini bermakna Koswe telah dibina sebelum negara kita mencapai kemerdekaan. Marilah kita sama-sama memperingati, menghayati, dan memahami kesinambungan struktur bersejarah ini,” tambahnya.

Encik Mohd Hairi berkata mereka yang tidak berpeluang menyaksikan sambutan ulang tahun ke-100 ini digalakkan mengunjungi Muzium Tokoh Johor, di mana akan diadakan pameran yang memaparkan sejarah terperinci dari tahap awal pembinaan sehinggalah berlangsungnya operasi bagi Koswe. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg