KUALA LUMPUR: Saman Lawyers for Liberty (LFL) bagi menentukan sama ada Singapura boleh menguatkuasakan antiberita palsunya terhadap kumpulan hak asasi itu semasa berada di Malaysia akan didengar di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Abang Iskandar Abang Hashim, sebulat suara menolak rayuan kerajaan Malaysia untuk membatalkan saman sivil itu.





