PILIHAN Raya Umum akan datang akan menyaksikan secara purata saiz kawasan undi perwakilan berkumpulan (GRC) yang lebih kecil manakala kawasan undi perseorangan (SMC) akan ditambah.
Menyatakan demikian semasa berucap di Parlimen hari ini, Rabu, Perdana Menteri Lee Hsien Loong, berkata tarikh pilihan raya akan datang masih jauh lagi.





