Seorang wanita yang menipu 12 mangsa berjumlah lebih $106,000 dalam pelbagai skim penipuan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda $2,000 pada 3 Julai.
Priscilla Shamani Manoharan, 33 tahun, yang ditahan reman, telah menipu seorang lelaki sebanyak $57,250 dengan alasan seperti perlu membayar urus niaga Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB). Tertuduh juga menipu mangsa dengan menyatakan anak perempuan dan anak...





