DUESSELDORF (Jerman): England terus memburu kejuaraan utama pertama dalam tempoh 58 tahun selepas menewaskan Switzerland 5-3 menerusi penentuan penalti untuk mara ke separuh akhir Euro 2024 pada 6 Julai.
Selepas 120 minit berakhir dengan kedudukan 1-1, penjaga gol England, Jordan Pickford menjadi wira skuad The Three Lions itu dalam penentuan penalti, apabila beliau berjaya menyelamatkan sepakan penalti pertama Switzerland oleh...





