Tidak mengadu walau bertugas sedang ramai Muslim saling berkunjung pada hari pertama Hari Raya. Cik Aisha Abdullah dan Cik Nur Faridah Mohd Mokhtar tetap menjalankan tugas mereka seperti biasa. Sebagai pembantu pengurus stesen MRT Raffles, Cik Aisha antara kakitangan pengendali pengangkutan awam SMRT yang akan memastikan perjalanan penumpang semasa Lebaran ini lancar. Cik Nur Faridah pula berkhidmat sebagai jururawat kanan...





