KUALA LUMPUR: Seorang bekas ketua cawangan Umno, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, dan peguamnya, Matthias Chang, didakwa pada Isnin (12 Okt) cuba mensabotaj ekonomi Malaysia serta sistem kewangan dan perbankannya.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Perancis, Britain, Switzerland, Hongkong dan Singapura antara 28 Jun dan 26 Ogos lalu, lapor The Malaysian Insider.






