PERDANA Menteri Lee Hsien Loong dan isteri beliau, Cik Ho Ching, bersiar-siar di Kampong Glam kelmarin, dan berkongsi di laman Facebook beliau beberapa gambar yang dipetiknya.
Namun, kata Encik Lee, bukan beliau sahaja yang merakam gambar sekitaran sibuk di Kampong Glam.





