TINDAKAN berani Allahyarham Muhammad Daanish Amran menyelamatkan sekumpulan pelajar apabila gempa bumi menggegar Sabah 5 Jun lalu telah diberi pengiktirafan dalam satu majlis sebentar tadi.
Majlis Anugerah Pencapaian Belia Kebangsaan telah menyampaikan Anugerah Pencapaian Belia Kebangsaan (NYAA) Posthumus bagi Keberanian kepada beliau semasa majlis penyampaian Anugerah Emas NYAA ke-15 di Pusat Konvensyen Politeknik Singapore (SP).






