LELAKI yang dituduh melepaskan tiga das tembakan dari pistol seorang pegawai polis di hospital Khoo Teck Phuat telah dikenakan dengan dengan dua lagi pertuduhanan hari Isnin.
Muhammad Iskandar Sa'at, 23 tahun, menghadapi hukuman mati jika didapati bersalah melepaskan tembakan dari pistol jenis Taurus berkaliber 0.38 inci dengan niat untuk mencederakan Staf Sarjan Mohammad Sadli Razali, 31 tahun.





