PERSATUAN Bank di Singapura (ABS) telah memberi amaran kepada pengguna telefon bimbit mengenai pengemaskinian bagi WhatsApp yang tidak dikeluarkan oleh penghasil aplikasi itu, yang menyasarkan pelanggan perbankan mudah alih di Singapura.
Satu sofwe jahat (malware) tersembunyi dalam pengemaskinian itu telah menjangkiti telefon pintar Android sejak beberapa bulan lalu, kata ABS dalam satu taklimat pada pagi Selasa (1 Disember).






