Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Persatuan bank beri amaran tentang sofwe jahat yang sasarkan pengguna telefon Android

Dec 1, 2015 | 12:07 PM
-

PERSATUAN Bank di Singapura (ABS) telah memberi amaran kepada pengguna telefon bimbit mengenai pengemaskinian bagi WhatsApp yang tidak dikeluarkan oleh penghasil aplikasi itu, yang menyasarkan pelanggan perbankan mudah alih di Singapura.

Satu sofwe jahat (malware) tersembunyi dalam pengemaskinian itu telah menjangkiti telefon pintar Android sejak beberapa bulan lalu, kata ABS dalam satu taklimat pada pagi Selasa (1 Disember).

"Penjenayah menjadikan pengguna komputer sasaran. Tetapi sekarang, penjenayah beralih pula menjadikan pengguna telefon Android sasaran... sedang bank menghasilkan lebih banyak aplikasi perbankan bagi kemudahan orang ramai," kata pengarah ABS, Cik Ong-Ang Boon Ai.

Selepas memuat turun pengemaskinian tersebut, sofwe jahat itu akan meminta pengguna memasukkan maklumat sulit seperti butir-butir kad kredit.

Sofwe jahat tersebut kemudian mengambil alih kawalan telefon pintar itu dan memintas kata laluan satu masa (OTP) yang dihantar melalui SMS ke telefon tersebut untuk melakukan transaksi tipu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg