MEMANG agak lama pelawak tempatan tidak berkumpul untuk sebuah penerbitan televisyen seperti dalam rancangan-rancangan drama atau hiburan.
Beberapa tahun lalu nama-nama seperti Husin Saaban, Alias Kadir, Mahadi Shor, Sahfudin Mahfudz, Zainal Ihim, Hamzah Adon, Arif Isa dan Zaliha Hamid merupakan wajah tetap dalam rancangan seperti Teater Komedi, hiburan The Unsangkerable atau rancangan khas hari raya. Kini kalau ada segmen komedi...





