Pemain tenis Sepanyol, Carlos Alcaraz, gembira meraikan kemenangannya menentang ,Tommy Paul, dari Amerika Syarikat, dalam perlawanan suku akhir perseorangan lelaki pada hari kesembilan Kejohanan Wimbledon 2024 di, ‘The All England Lawn Tennis and Croquet Club’ di Wimbledon, London, pada 9 Julai.
SukanJul 10, 2024 | 3:38 PM

Alcaraz mara ke separuh akhir Wimbledon

LONDON: Pemain tenis terkemuka Sepanyol, Carlos Alcaraz, kembali ke separuh akhir, setelah bangkit dalam perlawanan yang memberangsangkan pada 9 Julai.

Namun, tidak akan ada pertembungan hebat antara juara bertahan Wimbledon itu dengan Jannik Sinner dari Italy, selepas pemain nombor satu dunia itu tersingkir.

Polis menyatakan pihaknya memandang serius perbuatan yang boleh mencetuskan permusuhan dan sentimen buruk antara kaum.
SingapuraSep 9, 2026 | 3:45 PM

Polis siasat 5 individu kaitan komen tentang banjir Nepal, perjanjian SIA-Air India

Lima individu, berusia antara 29 dengan 66 tahun, telah dikenal pasti dan disiasat oleh polis berhubung komen tertentu yang dibuat dalam talian mengenai bencana banjir Nepal baru-baru ini serta perbincangan mengenai pelaburan Singapore Airlines (SIA) dalam Air India.

Polis dalam satu kenyataan pada 9 September berkata pihaknya akan terus menyiasat dan mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab atas komen dalam talian...

Penulis mengingatkan anak lelakinya, Hamzah Mohammad Hanafi, bahawa dia tidak boleh menyentuh bahagian peribadi orang lain, dan orang lain pun tidak boleh menyentuh bahagian peribadinya.
Gaya hidupSep 9, 2026 | 3:32 PM

Apabila anak sentuh punggung orang...

Baru-baru ini, ketika bercuti di Batam, anak lelaki saya yang berumur hampir empat tahun menyentuh punggung seorang wanita yang tidak dikenali.

Saya segera meminta maaf kepada wanita itu dan memberitahu anak saya yang dia tidak sepatutnya berbuat demikian.

Pihak berkuasa Thailand sedang menyiasat sebuah klinik di Bangkok selepas usahawan Britain kelahiran Nigeria, Encik Igho Ubiribo, 43 tahun, meninggal dunia pada 6 Mac susulan suntikan pembesaran zakar menggunakan asid hialuronik. Koroner di London memutuskan bahawa prosedur kosmetik itu menyebabkan embolisme pulmonari yang membawa kepada kematiannya.
DuniaSep 9, 2026 | 3:29 PM

Thailand siasat warga Britain maut suntikan pembesaran zakar

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand sedang menyiasat sebuah klinik di Bangkok selepas seorang usahawan dan pempengaruh media sosial Britain kelahiran Nigeria meninggal dunia susulan prosedur pembesaran zakar menggunakan suntikan asid hialuronik.

Encik Igho Ubiribo, 43 tahun, meninggal dunia pada awal pagi 6 Mac, beberapa jam selepas menjalani prosedur itu di sebuah klinik di ibu kota Thailand.

Kenderaan kecemasan berada di luar sebuah tadika di wilayah Chonburi, Thailand, selepas seorang anggota polis menembak mati isterinya yang mengajar di pusat itu pada 9 September. Kesemua 44 kanak-kanak serta enam guru dan kakitangan berjaya dipindahkan dengan selamat. Gabenor Chonburi mengarahkan tadika itu ditutup dan berkata bantuan psikologi akan diberikan kepada kanak-kanak serta kakitangan yang menyaksikan kejadian tersebut. –
DuniaSep 9, 2026 | 3:10 PM

Polis Thailand tembak mati isteri di tadika, 44 kanak-kanak selamat

BANGKOK: Seorang anggota polis Thailand menembak mati isterinya di sebuah tadika tempat wanita itu mengajar di wilayah Chonburi pada 9 September, dengan kesemua 44 kanak-kanak di pusat berkenaan berjaya dipindahkan dengan selamat.

Suspek melarikan diri ke rumahnya selepas kejadian di daerah Nong Pla Lai, tenggara Bangkok.

Sempurna, seekor orang utan Borneo jantan dewasa, diberikan rawatan selepas ditemui lemah, sukar bernafas dan tidak mampu berdiri di sebuah ladang kelapa sawit milik penduduk di Ketapang, Kalimantan Barat, pada 30 Ogos. Sempurna mati beberapa jam selepas diselamatkan, dengan bedah siasat mendapati perubahan pada paru-parunya disyaki berkaitan pendedahan kepada asap kebakaran hutan dan lahan. Kes itu dipercayai kematian pertama orang utan yang dikaitkan dengan kebakaran yang melanda Kalimantan sejak lebih sebulan lalu.
IndonesiaSep 9, 2026 | 2:44 PM

Kematian pertama orang utan dipercayai terkait kebakaran hutan di Kalimantan

Seekor orang utan di Kalimantan Barat mati selepas mengalami kesukaran bernafas, tidak lama selepas ditemui dalam keadaan lemah dan tidak sedarkan diri di sebuah ladang kelapa sawit milik penduduk di Ketapang, antara kawasan di wilayah itu yang paling teruk terjejas akibat kebakaran hutan dan lahan di Indonesia.

Balai Pemuliharaan Sumber Daya Alam (BKSDA) Kalimantan Barat mengesahkan Sempurna, seekor orang utan...

Perlu cari keseimbangan untuk pastikan masjid ruang terbuka dan juga selamat
Play Video

Jawatankuasa perkukuh perlindungan institusi agama akan ditubuhkan
Play Video

ARS bukan jaminan tingkah laku seseorang
Play Video

Mahu elak anak makan bersepah cetus idea jual dadih dalam pek minuman
Play Video

Sheikh Haikel hidap bara usus tahap empat
Play Video