JUMLAH kes hampir lemas melibatkan kanak-kanak meningkat sepanjang lima tahun lalu, menimbulkan kebimbangan doktor di Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK (KKH).
Dari 2011 hingga 2015, terdapat 104 kes dan 10 kematian, iaitu purata 20 kes hampir lemas setiap tahun. Sebagai perbandingan, hospital itu melihat antara lima dan 12 kes sedemikian setahun dalam tempoh lima tahun sebelumnya.





