ANFIELD: Dua gol yang dijaringkan Liverpool, setiap satu oleh Daniel Sturridge dan Roberto Firmino telah memusnahkan harapan Manchester United untuk menewaskan The Kop dalam saingan pusingan pertama kelompok 16 terakhir Liga Eropah awal pagi tadi.
Perlawanan di padang sendiri itu telah menyaksikan anak buah Jurgen Klopp menguasai sebahagian besar perlawanan.





