Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Liverpool benam Man Utd 2-0

Gol dijaringkan Daniel Sturridge dan Roberto Firmino
Mar 11, 2016 | 9:20 AM
TANDA NYATA: Liverpool menewaskan Manchester United 2-0 dalam perlawanan pusingan pertama Piala Eropah di Anfield lewat pagi tadi. Gol dijaringkan Daniel Sturridge menerusi sepakan penalti pada minit ke-20 dan Roberto Firmino meluaskan jurang menerusi tendangan jitu pada minit ke-73. - Foto
TANDA NYATA: Liverpool menewaskan Manchester United 2-0 dalam perlawanan pusingan pertama Piala Eropah di Anfield lewat pagi tadi. Gol dijaringkan Daniel Sturridge menerusi sepakan penalti pada minit ke-20 dan Roberto Firmino meluaskan jurang menerusi tendangan jitu pada minit ke-73. - Foto - Reuters

ANFIELD: Dua gol yang dijaringkan Liverpool, setiap satu oleh Daniel Sturridge dan Roberto Firmino telah memusnahkan harapan Manchester United untuk menewaskan The Kop dalam saingan pusingan pertama kelompok 16 terakhir Liga Eropah awal pagi tadi.

Perlawanan di padang sendiri itu telah menyaksikan anak buah Jurgen Klopp menguasai sebahagian besar perlawanan.

Sturridge menjaringkan gol menerusi sepakan penalti pada minit ke-20 dan Firmino meluaskan jurang menerusi tendangan jitu pada minit ke-73.

Keadaan ini memberikan ruang lebih selesa untuk Liverpool apabila bertandang ke Old Trafford bagi pertemuan ke-2 minggu depan.

Tidak dinafikan, pasukan yang dipimpin pengurus Louis van Gaal boleh kalah lebih teruk jika tidak disebabkan ketangkasan penjaga gawangnya David de Gea.

United dilihat 'semput' dalam mencipta peluang dan ini diburukkan dengan kegagalan mereka memanfaatkan peluang yang ada.

Liverpool dan United kini berhempas pulas untuk menduduki empat tempat teratas Liga Perdana England dan tentunya kejayaan menjulang Liga Eropah akan meluaskan peluang untuk layak menyertai Liga Juara-Juara pada musim depan. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg