Prospek pertumbuhan Singapura bagi tahun ini telah malap, menurut satu tinjauan baru ke atas ahli ekonomi sektor swasta yang dikeluarkan pada Rabu (16 Mac).
Mereka kini menjangka ekonomi negara ini berkembang pada kadar sederhana 1.9 peratus tahun ini, turun daripada unjuran awal 2.2 peratus dalam edisi Disember kaji selidik suku tahunan yang dijalankan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS).





