WASHINGTON: Pegawai tertinggi tentera dari Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun berkata mereka bersetuju dalam mesyuarat semalam akan meningkatkan perkongsian maklumat dan penyelarasan usaha keselamatan berikutan bertambahnya ancaman nuklear dan peluru berpandu dari Korea Utara.
Ketiga-tiga ketua pertahanan telah mengeluarkan kenyataan bersama yang menyebut ujian nuklear Korea Utara yang keempat pada 6 Januari lalu dan "pelancaran peluru berpandu jarak jauh"...





