KUALA LUMPUR: Penyanyi Siti Nordiana meluahkan rasa kesal dituduh tidak boleh bertolak ansur soal bayaran persembahan selepas menjuarai pertandingan Gegar Vaganza musim kedua tahun lalu.
Siti Nordiana atau Nana, 33 tahun, bagaimanapun berkata dakwaan sebegitu datangnya daripada individu yang tidak senang melihat kejayaan diraihnya hari ini sekali gus berniat ingin melihat kerjaya seninya jatuh, lapor mStar Online.





