PARIS: Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Laurent Blanc, menghamburkan pujian kepada Edinson Cavani selepas bintang Uruguay itu memainkan peranan 'super-sub' semasa membantu juara Perancis itu mencatatkan kemenangan berharga 2-1 ke atas Chelsea dalam pertemuan pertama pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah dinihari semalam.
Cavani menggantikan Lucas pada minit ke-74 pertarungan sengit di Parc des Princes dan bertindak cemerlang empat minit...




