JAKARTA: Naib Presiden Indonesia, Encik Jusuf Kalla, menggesa diwujudkan Dunia Islam "sederhana" dan menekankan perpaduan dalam kepelbagaian di kalangan negara di rantau ini dalam usaha memerangi radikalisme.
Beliau berkata belia yang tidak mempunyai iman mendalam terdedah kepada radikalisme bukan kerana kekayaan atau kemasyhuran politik, tetapi sebaliknya sebagai "jalan pintas ke syurga".





