SYARIKAT penerbangan serantau Singapura, SilkAir, telah melancarkan kempen "#LittleJoysMatter" (Secebis Kegembiraan yang Berharga) dalam usahanya untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan di kesemua jenis pesawatnya.
Antara yang ditawarkan kepada penumpang adalah akses ke SilkAir Studio, sebuah sistem hiburan tanpa wayar yang diperkenalkan pada 2014 dan membolehkan penumpang pesawat memanfaatkan pelbagai kandungan menerusi tablet, telefon bimbit atau sistem bijak mereka sendiri.





