BUDAPEST: Juara dunia tiga kali Formula Satu, Lewis Hamilton, memenangi Grand Prix Hungary pada Ahad (24 Jul), sekali gus memotong Nico Rosberg buat kali pertama musim ini untuk mendahului perlumbaan pemandu terbaik.
Pemandu Britain itu melepasi garisan penamat kurang dari dua saat di depan rakan sepasukannya daripada Mercedes itu.






