Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hamilton juara Formula Satu Hungary

Jul 25, 2016 | 7:20 AM
Lewis Hamilton meraikan kemenangannya di podium selepas Grand Prix Hungary di Litar Hungaroring di Budapest pada 24 Julai
Lewis Hamilton meraikan kemenangannya di podium selepas Grand Prix Hungary di Litar Hungaroring di Budapest pada 24 Julai - AFP

BUDAPEST: Juara dunia tiga kali Formula Satu, Lewis Hamilton, memenangi Grand Prix Hungary pada Ahad (24 Jul), sekali gus memotong Nico Rosberg buat kali pertama musim ini untuk mendahului perlumbaan pemandu terbaik.

Pemandu Britain itu melepasi garisan penamat kurang dari dua saat di depan rakan sepasukannya daripada Mercedes itu.

Ini walaupun mereka memulakan perlumbaan di Hungaroring dengan Rosberg, dari Jerman, di petak pertama dan Hamilton kedua.

Dengan kemenangan itu, Hamilton, yang kini telah menang di Hungary sebanyak rekod lima kali, mendahului Rosberg bagi mempertahankan mahkota dunianya dengan enam mata selepas 11 daripada 21 perlumbaan musim ini.

Keputusan Grand Prix Hungary: 1. Lewis Hamilton (Britain, Mercedes), 2. Nico Rosberg (Jerman, Mercedes), 3. Daniel Ricciardo (Australia, Red Bull), 4. Sebastian Vettel (Jerman, Ferrari), 5. Max Verstappen (Belanda, Red Bull). - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg