PENERBIT filem dokumentari Jihad Selfie, Encik Noor Huda Ismail, pernah belajar di Pesantren Ngruki dekat Solo, Jawa, milik Abu Bakar Bashir - yang dikatakan pemimpin kumpulan militan Jemaah Islamiyah (JI) di Indonesia.
Selama enam tahun beliau belajar dan bergaul dengan pelajar di situ, termasuk mereka yang kemudian terdorong menjadi militan.





