SEORANG hakim yang memenjarakan seorang lelaki pada Khamis (20 Okt) kerana menyiarkan komen dalam talian mengandungi hasutan kepada keganasan, mengambil peluang mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan apa yang mereka siar dalam talian.
"Garis pemisah antara sekadar meluahkan kekecewaan dan dalam berbuat demikian, membawa kepada hasutan keganasan mungkin halus," kata Hakim Daerah Crystal Ong.






