KUALA LUMPUR: Pembangkang dan pengguna Twitter Malaysia membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selepas gambar menunjukkan beliau diiringi anak tirinya, yang pihak berkuasa Amerika Syarikat berkata terlibat dalam penyelewengan dana besar-besaran, dalam lawatan rasminya ke China.
Dalam gambar di Twitter, Encik Riza Aziz dilihat keluar bersama Datuk Seri Najib dari pesawat rasmi delegasi beliau selepas ia tiba di Beijing...






