PELAJAR dari sekolah-sekolah terbaik di Singapura meraih sejumlah 13 pingat emas dalam lima Olimpiad Antarabangsa, umum Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu kenyataan pada Selasa (30 Ogos).
Olimpiad itu ialah Biologi, Kimia, Fizik, Matematik, dan Informatik, yang kesemuanya diadakan di luar negara antara Julai dan Ogos lalu.





