Sempena ulang tahun Persatuan Tchoukball Singapura (TBAS) yang ke-20 pada 2027, persatuan itu merancang meraikan tahun istimewa itu secara besar-besaran, dengan menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Tchoukball Sedunia dan memenangi dua pingat emas di Singapura.
Presiden TBAS, Delane Lim, mengumumkan hasrat persatuan itu untuk membida acara tersebut di luar majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara persatuan itu dengan Institut Pendidikan...





