LONDON: Pengurus baru Chelsea, Antonio Conte, perlu 'menutup mulut' pengkritiknya selepas kedudukan pengurus asal Italy itu dipersoal menjelang pertemuan Liga Perdana England dengan juara bertahan Leicester City hari ini.
Di luar padang, bisnes semakin rancak bagi kelab di Stamford Bridge itu menyusuli perjanjian lumayan kit pasukan itu bersama Nike yang akan menyaksikan syarikat pakaian sukan Amerika Syarikat tersebut menaja Chelsea...





