Premium
Conte kian terdesak di Chelsea
Oct 15, 2016 | 5:30 AM
HADAPI TUGAS SUKAR: Pengurus Chelsea, Antonio Conte, menghadapi tugas sukar mempertahan masa depannya dengan pasukan yang digelar 'The Blues' itu. - Foto REUTERS -
LONDON: Pengurus baru Chelsea, Antonio Conte, perlu 'menutup mulut' pengkritiknya selepas kedudukan pengurus asal Italy itu dipersoal menjelang pertemuan Liga Perdana England dengan juara bertahan Leicester City hari ini.
Di luar padang, bisnes semakin rancak bagi kelab di Stamford Bridge itu menyusuli perjanjian lumayan kit pasukan itu bersama Nike yang akan menyaksikan syarikat pakaian sukan Amerika Syarikat tersebut menaja Chelsea sebanyak £60 juta ($101 juta) setiap musim bagi 15 tahun mendatang - perjanjian yang mungkin mengembalikan senyuman kepada pemilik kelab Roman Abramovich.

