BEIJING: Ilmu tangga kejayaan, tetapi 15 kanak-kanak di sebuah kampung di China terpaksa naik turun sebuah tangga tinggi dan berbahaya terlebih dahulu sebelum mendapat ilmu.
Setiap dua minggu, kanak-kanak itu turun dan mendaki anak-anak tangga kayu tua dan usang - diperbuat daripada pokok menjalar dan dahan-dahan pokok - di sebuah tebing setinggi 800m untuk pergi dan balik dari sekolah berasrama...





