SEORANG lelaki didakwa di mahkamah Rabu (Jan 18) cuba merompak seorang wanita dengan pisau di sebuah pasar mini di Tampines Street 11.
Christopher Neo Yong Heng, 30 tahun, didakwa cuba merompak Cik Siti Farhana Mohd Pauzi, 29 tahun, wang tunai di kedai Go2Mart menggunakan pisau dapur pada 4.30 petang pada 12 Dis 2016.






