KUALA LUMPUR: Wanita yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di Tanjung Malim, Perak, ditemukan meninggal dunia di sebuah ladang kelapa sawit, dekat Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, Selangor.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25 tahun, yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemukan kira-kira 6 petang pada...





