Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita maut di ladang sawit di Selangor: Anggota polis direman

Jul 16, 2024 | 11:56 AM
Nur Farah Kartini mulanya dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan di sebuah taman perumahan di Tanjung Malim, Perak, sekitar 8 pagi pada 10 Julai.
Nur Farah Kartini mulanya dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan di sebuah taman perumahan di Tanjung Malim, Perak, sekitar 8 pagi pada 10 Julai. - Foto PDRM

KUALA LUMPUR: Wanita yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di Tanjung Malim, Perak, ditemukan meninggal dunia di sebuah ladang kelapa sawit, dekat Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25 tahun, yang sebelum ini dilaporkan hilang ditemukan kira-kira 6 petang pada 15 Julai, dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Susulan penemuan mayat mangsa yang bekerja sambilan dengan sebuah syarikat sewa kenderaan, polis menahan seorang lelaki yang juga teman lelaki mangsa pada 15 Julai untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, mengesahkan suspek adalah anggota polis berpangkat lans koperal di Balai Polis Slim River, Tanjung Malim, dan sudah lima tahun berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dia direman seminggu bermula 16 hingga 22 Julai untuk membantu siasatan kes pembunuhan teman wanitanya, bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang berasal dari Sarawak itu.

Berita penemuan Nur Farah dalam keadaan tidak bernyawa bukan saja memilukan ahli keluarga, malah juga rakan universiti, antaranya pembaca berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Encik Anas Muhammad Farihin, 25 tahun.

Beliau terpaksa menahan sebak ketika ditugaskan membaca berita kematian sahabatnya itu untuk berita lewat malam pada 12 tengah malam, 15 Julai, selepas polis mengesahkan penemuan mayat Nur Farah kira-kira 8.30 malam.

“Sebak, tapi saya kena teruskan baca berita juga. Saya masih terkejut dan tidak percaya ketika mengetahui berita berkenaan.

“Kebetulan semalam memang giliran saya baca berita. Sewaktu dapat tahu berita itu kira-kira 9 malam, terduduk sekejap. Perasaan ketika itu bercampur baur sehinggalah keluar kenyataan daripada pihak polis yang mengesahkan kejadian itu,” katanya sayu, lapor Harian Metro.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg