SEORANG wanita Australia didenda $5,000 dan dilarang memandu empat tahun pada Selasa (10 Jan) kerana menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal yang tidak mempunyai lesen sah.
Katie Maree Roberts, yang mengaku bersalah terhadap satu tuduhan melakukan perbuatan cuai tanpa niat membunuh, tidak berwaspada apabila memandu keretanya di Ekspreswe Rentas Pulau ke Lapangan Terbang Changi pada kira-kira 4.40 petang 15 Sept 2015.





