KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, akan mengambil tindakan undang-undang kepada peniaga ubat perangsang seks yang sanggup mengaibkan beliau dan suaminya menerusi satu iklan di laman Instagram yang mendakwa pasangan itu menggunakan produk berkenaan.
Promosi tersebut, yang muncul dalam bentuk iklan di laman Instagram pengguna, kemudian dipautkan dengan satu artikel yang memfitnah dan memalukan pasangan tersebut...





