AKTRES jelita Hollywood, Charlize Theron, berkata menambah berat badan semasa melakonkan watak seorang ibu tiga anak dalam filem terbarunya, Tully, yang bakal ditayangkan tahun depan, merupakan cabaran paling hebat bagi minda dan tubuhnya sejauh ini.
"Ia memang menyeksakan sekali buat saya," kata Theron mengenai langkah menambah berat badannya bagi watak itu.





