PRESIDEN Tony Tan Keng Yam dan isterinya, Cik Mary Tan, menjamu lebih 1,300 undangan di majlis jamuan malam Hari Kebangsaan yang dihoskannya di Istana malam tadi.
Antara hadirin termasuk Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan isterinya, Cik Ho Ching, serta Menteri Kanan Emeritus, Encik Goh Chok Tong, dan isterinya, Cik Tan Choo Leng.





